|
Title : kegagalan
bukan satu alasan.
Gagal, sebuah perkataan yang kurang senang didengari ramai. Dalam kehidupan luar yang kian mencabar, semestinya semua orang telah merasai kegagalan. Gagal sekali tidak semestinya gagal selamanya. Ambil lah kegagalan sebagai satu daripada beribu cabaran hidup dan buatkan lah ia sebagai anak tangga untuk menuju kekejayaan. Fikir diluar kotak, jangan jadi seperti katak dibawah tempurung. Tidak semua yang kita mahu, akan kita dapat dan tidak semua yang kita dapat akan kekal selamanya. Ubahkan cara fikiranmu, carilah peluang, dan ambil segala peluang. Kita adalah sama seperti sebutir pasir, memang mudah jadi debu dan ditiup angin. Namun, jika dibentuk menjadi bata yang kuat dan disusun rapi menjadi dinding dan tiang, ia bakal membentuk sebuah pencakar langit yang bisa mempercantikkan lagi permandangan. Menyesal sudah tiada gunanya, sudah takdir. Masa untuk bergerak, bergerak ke kejayaan. Betul, mungkin kita dipandang rendah, ramai yang tidak mengerti. Tapi cuba kita buang semua itu ketepi dahulu, dan mula berfikir secara positif. Semua manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing, sebagai seorang manusia yang lemah, kita hanya mampu merancang, tetapi ilahi yang mementukannya. Actually actually lah kan, saya ada sesuatu hendak dikongsi dengan pembaca yang setia membaca, atau pembaca yang sekadar membaca di blog ini. Saya bukan sudah jatuh cinta, tetapi saya sudah terjatuh cinta. Jatuh cinta dengan tidak sengaja, macam mana eh? Bertapa indah rasanya, hanya Allah sahaja yang tahu. |
My name is Tengku Danial. I come from Singapore poly Im found to have drugs at 26 August . Im a Mad anthemic Maniac Vandalising Cars and Eats bugs. I don't wish but I Pray to Allah February 2011 Web Counter |