|
Title : MELAYU
Siapa yang salah?
Aku nampak layu dalam melayu. Melayu yang sering segan untuk bertanya perkara yang benar dan sering mencuba pekara yang salah. Bila ditegur, tidak diterima. Orang barat disembah, orang sendiri didengki. Takkan melayu hilang di dunia. Malu untuk bertanya akhirnya tidak pergi kemana. Bila diejek, rasa dendam. Melayu, cakap orang pandai, tapi diri sendiri tak terurus. Anak muda mula hanyut, manakah tidak anak dimanja, dibelai hingga rosak. Bila ditegur sedikit, marahnya satu kampung. Rambut hitam berkilat cantik mata memandang, di warnakan perang. Bila di tanya mengapa, jawabnya hanya ikut ikutan. Cita cita melayu tinggi, cakap tahu, kerjanya tidak mahu. Penuh dengan alasan. Orang ada, semuanya dia mahu, sampai tidak terbayar segala hutang. Bila salah, jarinya ditunjuk ke orang seberang. Fitnah, sudah menjadi satu amalan. Bila bangsa sendiri maju, mula lah cemburu. Cemburu yang tidak bawak kemana. Yang baik bukannya nak diikut, yang jahat di jadikan di pertuan agung. Sampai bila kita hendak layu, ramai orang sudah tahu. Adakah kita tidak punya rasa malu. Rasa malu yang benar, malu kerana malu. Kita suka bila mereka mengelakkan kita, bila mereka tolak kita, bila kita dipandang sampah masyarakat. Bodoh. Sampai bila kita hendak sedar, yang kita sedang kecundang. Sampai bila melayu akan layu? |
My name is Tengku Danial. I come from Singapore poly Im found to have drugs at 26 August . Im a Mad anthemic Maniac Vandalising Cars and Eats bugs. I don't wish but I Pray to Allah February 2011 Web Counter |